Soalan Lazim

Penafian :
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk, sama ada dengan cara elektronik, gambar dan sebagainya tanpa kebenaran serta sebelum mendapat izin bertulis daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

  • 1. SOALAN : SAYA TELAH MENDAFTAR MYSPP (VERSI LAMA), PERLUKAH SAYA MENDAFTAR SEMULA MYSPP (VERSI BARU)?

    JAWAPAN :

    Berkuatkuasa pada 15 Jun 2023, Pemohon yang telah mendaftar akaun sebelum ini, perlu mendaftar akaun semula dengan mengisi dan menghantar maklumat bagi permohonan baharu. 

  • 2. SOALAN : BAGAIMANAKAH SAYA HENDAK MENDAFTAR MYSPP BAGI MENGISI PERMOHONAN JAWATAN DI SPP?

    JAWAPAN :

    • Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu dengan menggunakan No. Kad Pengenalan sebelum mengisi mySPP.
    • Klik PENDAFTARAN BAHARU untuk pra pendaftaran.
    • Pendaftaran lengkap dan penetapan kata laluan akan dihantar pautan melalui emel untuk mengakifkan akaun pendaftaran. Hanya emel yang sah dan aktif diperlukan. 

  • 3. SOALAN : KENAPA SAYA PERLU MENGISI MAKLUMAT EMEL SAYA?

    JAWAPAN :

    Emel sebagai medium pengaktifan akaun dan saluran komunikasi di antara pihak SPP dengan Pemohon. Pemohon hanya dibenar menggunakan emel daripada gmail.com, yahoo.com, hotmail.com dan ymail.com.  

  • 4. SOALAN : SAYA TELAH MEMBUAT PRA-PENDAFTARAN BAHARU TETAPI SEHINGGA KINI MASIH BELUM MENERIMA E-MEL DARIPADA PIHAK SPP UNTUK MENGAKTIFKAN AKAUN DAN KATA LALUAN?

    JAWAPAN :

    Pemohon dibenarkan membuat pra-pendaftaran sebanyak tiga (3) kali sahaja. Sekiranya melebihi tiga (3) kali, anda perlu menunggu sehingga 24 jam untuk membuat pra-pendaftaran baharu semula. Sila masukkan maklumat yang tepat dan betul. Anda boleh menyemak emel pengaktifan pendaftaran pada folder Inbox atau Spam

  • 5. SOALAN : BOLEHKAH PENDAFTARAN AKAUN SAYA DIBATALKAN?

    JAWAPAN :

    Pendaftaran yang telah dibuat tidak boleh dibatalkan dan hanya boleh dikemaskini. 

  • 6. SOALAN : BAGAIMANAKAH HENDAK MENDAPATKAN SEMULA KATA LALUAN SEKIRANYA TERLUPA?

    JAWAPAN :

    Sekiranya terlupa kata laluan, sila klik pautan LUPA KATA LALUAN. Pautan menetapkan semula kata laluan akan dihantar melalui emel yang telah didaftarkan dalam mySPP. Sila klik pautan tersebut untuk menetapkan semula kata laluan dan log masuk semula.  

  • 7. SOALAN : JIKA SAYA MEMBUAT PERMOHONAN JAWATAN BAHARU, ADAKAH PERMOHONAN SAYA YANG TERDAHULU AKAN TERBATAL?

    JAWAPAN :

    mySPP hanya memaparkan permohonan yang terkini sahaja setelah pemohon membuat Pengakuan dan Hantar. Walaubagaimanapun, permohonan terdahulu masih disimpan dalam sistem utama SPP.

  • 8. SOALAN : BAGAIMANA SAYA INGIN MENGETAHUI MAKLUMAT JAWATAN DI SPP?

    JAWAPAN :

    Pemohon boleh merujuk pada pautan dibawah :

    • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29 dan DG41

            https://www.spp.gov.my/ms/penjawat-awam/maklumat-jawatan/guru

    • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DH29 dan DH41 

            https://www.spp.gov.my/ms/penjawat-awam/maklumat-jawatan/bukan-guru-2

    •  Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) 

            https://www.spp.gov.my/ms/penjawat-awam/maklumat-jawatan/bukan-guru-2 

    • Maklumat Lanjut

            https://www.spp.gov.my/ms/hubungi-kami/soalan-lazim

  • 9. SOALAN : ADAKAH PERMOHONAN SAYA YANG TERDAHULU MASIH SAH?

    JAWAPAN :

    Permohonan anda masih sah jika masih dalam tempoh sah laku pendaftaran. Sah laku pendaftaran permohonan adalah selama satu (1) tahun dan sekiranya tempoh sah laku telah tamat, anda perlu mengemas kini semula dan menghantar pengakuan pemohon sekali lagi. 

  • 10. SOALAN : SEKIRANYA SAYA MENDAPATI TELAH TERSILAP MEMASUKKAN MAKLUMAT SEMASA PERMOHONAN DAN TELAH MENGHANTAR PERMOHONAN BEBERAPA HARI YANG LEPAS, BOLEHKAH SAYA MENGUBAH MAKLUMAT YANG TERSILAP TADI?

    JAWAPAN :

    Boleh. Anda boleh mengemas kini maklumat pada bila-bila masa. Namun begitu, setiap kali perubahan yang dilakukan, anda perlu menghantar perakuan pemohon semula untuk memastikan maklumat anda dikemas kini.

  • 11. SOALAN : BAGAIMANAKAH SAYA HENDAK MELANJUTKAN TEMPOH PERMOHONAN?

    JAWAPAN :

    Anda tidak perlu melanjutkan tempoh permohonan jika tempoh sah laku belum luput kecuali jika anda mengemas kini sebarang maklumat, anda perlu klik Simpan dan Hantar perakuan semula supaya perubahan tersebut akan diproses. ï»¿

  • 12. SOALAN : BAGAIMANAKAH SAYA HENDAK MENGISI LEBIH DARI SEPULUH (10) KEPUTUSAN MATAPELAJARAN?

    JAWAPAN : mySPP hanya membenarkan sepuluh (10) matapelajaran sahaja diisi. Pemohon hendaklah mengisi sepuluh (10) mata pelajaran terbaik termasuk matapelajaran di dalam Syarat Lantikan Skim Perkhidmatan.

  • 13. SOALAN : SAYA MEMPUNYAI EMPAT (4) KEPUTUSAN PENGAJIAN TINGGI IAITU KEPUTUSAN DIPLOMA, SARJANA MUDA, IJAZAH SARJANA (MASTER) DAN PHD. BOLEHKAH SAYA MENGISI KESEMUA KEPUTUSAN INI?

    JAWAPAN : mySPP hanya membenarkan mengisi tiga (3) keputusan pengajian tinggi sahaja. Pemohon boleh mengisi tiga (3) keputusan terkini dan keputusan Diploma/ Sarjana Muda adalah wajib mengikut pilihan skim yang dimohon.

  • 14. SOALAN : SAYA TIDAK MENJUMPAI IPT / NAMA SIJIL SAYA DALAM SENARAI MAKLUMAT AKADEMIK MYSPP. BAGAIMANAKAH SAYA HENDAK MENAMBAH MAKLUMAT TERSEBUT?

    JAWAPAN :

    Bagi penambahan nama Institut Pengajian Tinggi (IPT) / Nama Sijil/Kelayakan Akademik, Pemohon disaran untuk memuat semakan terlebih dahulu sama ada ianya diiktiraf untuk tujuan lantikan dalam perkhidmatan awam. Rujukan boleh dibuat di:


    Sekiranya diiktiraf, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada SISPAA-SPP untuk pengesahan.

  • 15. SOALAN : SAYA MEMPUNYAI SIJIL MATRIKULASI, BOLEHKAH SAYA MEMOHON JAWATAN DI SPP?

    JAWAPAN :

    Sijil Matrikulasi tidak diambil kira untuk permohonan jawatan bagi Gred 29 ke atas. Walau bagaimanapun, Pemohon boleh memohon jawatan-jawatan lain dengan menggunakan kelayakan SRP/PMR/PT3 atau SPM/SVM.

  • 16. SOALAN : SAYA MEMPUNYAI SVM. APAKAH PELUANG PEKERJAAN SAYA DI SPP?

    JAWAPAN :

    Pemohon yang mempunyai SVM dalam bidang Pengajian Awal Kanak-kanak hanya boleh memilih jawatan Pembantu Pengurusan Murid Gred N19 sahaja. Keputusan matapelajaran yang perlu diisi hanya Bahasa Melayu. Sekiranya maklumat PMR/PT3 diisi, pemohon boleh memilih jawatan Gred 11 dan sekiranya maklumat pengajian tinggi diisi, pemohn boleh memilih jawatan gred 29 ke atas.

    Pemohon yang mempunyai SVM selain bidang Pengajian Awal Kanak-kanak (Bidang Lain-lain) hanya boleh memilih jawatan gred 11 sekiranya mengisi maklumat PT3/PMR atau maklumat pengajian tinggi untuk jawatan gred 29 ke atas. Pemohon ini tiada kelayakan untuk memohon jawatan gred 19.

  • 17. SOALAN : PERLUKAH SAYA MENGISI STPM DAN STAM?

    JAWAPAN :

    Tidak. Buat masa ini, SPP tidak memerlukan maklumat keputusan peperiksaan STPM dan STAM untuk perlantikan.

  • 18. SOALAN : SAYA MEMBUAT PRA PENDAFTARAN, RASANYA NAMA SAYA DAH BETUL, TAPI MASIH KELUAR RALAT 'NAMA TIDAK SAMA DENGAN KAD PENGENALAN.

    JAWAPAN :

    Anda dikehendaki menyemak ejaan nama penuh seperti mana di atas myKAD. Kebiasaan kesilapan pemohon mengisi adalah : 

    1. Kesalahan ejaan nama
    2. binti, bt, bin , b., ap, a/p, al, a/l
    3. tanda ` (back quote) atau ' (single quote). Sila pastikan tanda tersebut pada myKAD.

  • 19. SOALAN : SAYA TIDAK MEMPUNYAI SIJIL PT3 SELEPAS IANYA DIMANSUHKAN OLEH KERAJAAN. BAGAIMANA SAYA INGIN MEMOHON JAWATAN GRED 11 DI SPP?

    JAWAPAN :

    Buat masa ini, tiada sebarang arahan/pekeliling daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkaitan penarafan calon yang tidak mempunyai sijil PT3 untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

    Oleh yang demikian, hanya calon yang memiliki SRP/PMR/PT3 sahaja layak memohon jawatan di Gred 11.

    Selain itu, sekiranya pemohon tidak mempunyai sijil PT3 tetapi hanya memiliki sijil SPM/SVM, pemohon masih boleh memohon jawatan di Gred 19.

  • 20. SOALAN : CLEAR CACHE & COOKIES

    JAWAPAN :

    Anda boleh rujuk URL dibawah :

    https://support.google.com/accounts/answer/32050?hl=en&co=GENIE.Platform%3DDesktop

    atau carian google 'Clear Cache' berdasarkan internet browser yang digunakan.

  • 21. SOALAN : SAYA MENGALAMI MASALAH SELAIN YANG DINYATAKAN DI ATAS. BAGAIMANAKAH SPP BOLEH MEMBANTU SAYA?

    JAWAPAN :

    Bagi pertanyaan atau aduan selain daripada yang dinyatakan di atas, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada Hotline mySPP atau SISPAA-SPP.  

    Talian Hotline mySPP:  

    • Urusan Pengambilan : 03-8893 4019 / 4020

    • Urusan Teknikal : 03-8893 4021 

    

    Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP (SISPAA-SPP): Klik Di Sini 

Keserasian

Paparan Terbaik : Mozilla Firefox 7+/Internet Explorer 9+/Safari 4+/Chrome dengan resolusi minimum 1280 x 1024.

Alamat Pejabat

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Malaysia
Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya, Malaysia.
Tel : 03-8000 8000
Faks : 03-8871 7499
Emel : webmaster@spp.gov.my

Jumlah Pelawat

5,813,019

Hari Ini : 26,792

Bulan Ini : 654,039

Tahun Ini : 2,322,541


Tarikh Kemaskini : 15 Jun 2023